JOM JENGOK-JENGOK BLOG SAYA

Tuesday 9 August 2011

SEMINGGU SUDAH BERLALU RAMADHAN...

Alhamdulillah... sudah lebih seminggu kita mengerjakan ibadah puasa... Di manakah kita sekarang? berapa surah atau juzuk yang sudah kita habiskan ? Berapa malam sudah kita bertarawih? Berapa malam sudah kita bangun solat malam.... insaf... diri ini masih terkial-kial....
Banyak sangat rintangan yang menimpa...
Banyak masa dihabiskan untuk orang lain...
Banyak masa dibuang begitu sahaja...
Banyak ibadat sunat terlepas begitu sahaja,...
Moga puasa ramadhan hari ini lebih baik dari semalam...
Moga Ibadat hari ini lebih baik dari semalam...

INSYALLAH...

Saturday 6 August 2011

ISTERI MEMASAK UNTUK SIAPA.....

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah s.w.t..sudah seminggu kita diberi nikmat berpuasa di Bualn yang penuh berkat Ramadhan al-Mubarak ini. Dengan kehadiran anak-anak dan insan tersayang, bulan Ramadhan ini menjadi penuh dengan keberkatan.

Tapi, walaupun syaitan2 telah diikat, kita masih lagi perlu berjihad melawan nafsu diri sendiri serta sifat mazmumah yang ada dalam diri. Umie pun begitu, sebagai hamba Allah s.w.t. yang mempunyai banyak kelemahan, perlu banyak berkorban dengan perasaan, emosi dan jiwa untuk kebahagiaan orang lain termasuk anak-anak. Tapi, bila tekanan di tempat kerja terlalu membebankan, terlepas juga perasaan yang tidak sepatutnya pada anak-anak. Astaghfirullah hal a'zimm...
"Bila umie nak beli pensel warna acik"
"Masyaallah...umie lupa lagi, umie tak sempat lah, nanti umie belikan"
"Umie kan dh janji dengan acik kata nak beli pensel warna acik"
"Insyaallah...nanti umie belikan..." pendek sahaja jawapan umie untuk memutuskan pertanyaan anak kecil ini...Terlihat raut wajah acik yang masih kuran percaya dengan janji ibunya ini... "Nanti, kalau sempat umie belikan"... nampaknya kena amik off lah petang esok, banyak hutang ngan anak2 tak selesai...

"Umie...umie kata nak beli kasut baru..? cepat lah belikan, kasut kakak dah koyak"
satu lagi...itulah, suka sangat meninggalkan janji dengan anak-anak, lepas tu bertangguh,...
"Nanti lah umie belikan, bukan minggu nie, esok lusa umie ada masa umie singgah kedai"/....
jelas kelihatan raut wajah si kakak kurang berpuas hati dengan jawapan umie...Sebenarnya, umie dah janji dengan abie nak hadiahkan kakak kasut baru sempena ulang tahun kelahirannya...so, tak boleh lah bagitahu tu adalah hadiah birthday, nanti tak surprise pulak...

Menu ramadhan kali nie, ayam kampung organik bakar, ikan pekasan, sup sayur, teresek jantung pisang.... tahun lepas abie siap tempah dengan staf di tempat kerjanya teresek jttg pisang nie, tapi tak sedap katanya... tahun nie Abie beriya-iya mengambil jantung pisang tepi sungai, nak buat kerabu asalnya... umie mintak belikan kelapa kalau nak buat kerabu (kelantan version), tapi takdibeli jugak...jantung pisang tu dah beberapa hari terbiar, rosak nanti jadi kehitaman...tak sedap pulak kalau nak buat kerabu...ermm, kita buat teresek jantung pisang jelah...

Berbuka....abie makan roti pita sebiji cicah kari ayam... "abang tak nak makan nasi ke?" ... "nanti lah, abang kenyang sangat, minum air banyak" "makan roti nie macam makan nasi juga, mat saleh pun makan roti jer" jawab suamiku.... ku renung lauk-pauk terhidang di atas meja yang masih banyak, 'ermm...kena simpan untuk sahur lah nampak gayanya' ..anak2 pulak kurang makan lauk sangat...jadi, banyak yang berlebihan....'tapi seriusly, rasa sedap pulak teresek tu...nak habiskan, risau suami nak makan nasi nanti'... Lepas terawih abie balik dan mengadap murtabak yang dibelinya petang tadi...lepas makan, menonton TV sekejap tengok cerita teladan, rasanya dah lama tak menonton bersama-sama..."ermm, makanan di kedai jugak yang sedap di makan, agaknya aku masak tak sedap kut hari ni" hati kecil ini berbisik...hati dah mula sedih, tak sempat habis rancangan suamiku dah 'terbungkam' atas katil... Umie masih lagi melayan si kecil yang belum mahu tidur... esok nak bangun awal, bersiap untuk sahur...

Sahur...bangun panaskan semua lauk2 yang masih ada, goreng telur dadar,serunding ikan, panaskan nasi.... simple saja... jam dah pukul 5.00 pagi,...Nampat kelibat suamiku bangun mengejutkan anak-anak. Si kakak dah siap di meja untu bersahur..."along nak makan kuih nie" ku hulurkan puding yang suami bawa pulang moreh semalam...si kakak mengeleng.."Umie ambikkan nasi"...

Dah siap hidangkan nasi...umie masih mengacau air milo panas... ku lihat suamiku makan murtabak lagi, siap 2 biji di beli sebelum berbuka petang semalam..."ermm, abang nak makan nasi tak?"   "tak kut, abang makan murtabak je" ringkas jawapan suamiku
"Nanti abang letih pulak puasa esok, smalam tak makan nasi dah" umie memancing kata-kata
"Takpe lah, abang kenyang dah" suami tersenyum tawar "tak bersabit dengan tak makan nasi kan kalau letih esok...kena minum air banyak2, baru tak letih puasa esok" jawab suamiku. Umie telan air liur, rasa sayu di hati. 'abg, umie masak jantung pisang nie untuk abang, umie tahu anak2 tak makan semua nie, kalau abang tak nak makan nasi, lauk2 yang umie masak penat2 nie, abang 'ratah' jelah, esok membazir pulak' hatiku berbisik sayu.... umie teruskan makan nasi, terasa sedap pulak teresek jtg pisang nie...nak habiskan, nantikan...ermm..entahlah... hatiku terguris...





Saturday 9 July 2011

MENCARI TEMAN SEJATI

TEMAN SEJATI
Selama ini, ku tercari-cari,
teman yang sejati..
Buat menemani, perjuangan suci,
Bersyukur kini, padaMu Ilahi,
Teman yang dicari selama ini
Telah ku temui.

Dengannya disisi,
Perjuangan ini, senang diharungi,
Bertambah murni, kasih Ilahi,
KepadaMu Allah, kupanjatkan doa,
Agar berkekalan, kasih sayang kita,

Kepadamu Teman,
Ku pohon sokongan,
Pengorbanan dan pengertian,
Telah ku ungkapkan segala-galanya,
Kepada Mu Allah, ku pohonkan restu,
Agar kita, terus bersatu,

Kepadamu teman, ku pohon sokongan,
Pengorbanan dan pengertian,
Telah ku ungkapkan segala-galanya,
Itulah tandanya, kejujuran kita...

Wednesday 6 July 2011

SOMBONG, ANGKUH DAN TAKBUR MEROSAKKAN AKHSIAH INSAN

" Manusia yang dibaluti sifat sombong, angkuh dan takabur akan merasakan dirinya hebat, rasa besar, rasa istimewa, rasa 'Tuan' bahkan ada yang merakan dirinya 'Tuhan' ( nau'zubillah). Sebagai natijahnya ia akan memandang rendah sesama manusia dan merasa jijik terhadap manusia yang lemah dan hina."

Sunday 26 June 2011

BILA HATI SUDAH BERUBAH

Assalamualaikum...
Salam untuk semua. Pernahkah kawan-kawan blogger semua rasa tetiba jer perasaan dah tak sama seperti dulu...
Ermm...kadang-kadang kala ada juga bisikan syaitan mendayu-dayu membisik kalbu di telinga supaya berpaling pada yang tersayang... bukan berpaling ( ishh..minta dijauhkan).

Apa yang penting, kita ingatkan semula hati dan jiwa kita pada Pencipta. Buat apa nak sedih-sedih. Semua tu mainan Syaitan. dekatkan diri dengan Allah yang Satu, tunaikan mana amalan-amalan sunat yang dah lama kita tinggalkan.

Tengok anak-anak yang membesar depan mata. Kalau tak ada kita sebagai ibu dan ayahnya, tak adalah mereka kan? Cuba ingat janji-janji kita dan yang tersayang semasa bercintan-cintan dulu,...

"Abang nak anak-anak kita jadi anak yang soleh dan tidak lupa pada ibu bapa" terngiang-ngiang kata-kata yang pernah dibicarakan hampir 7 tahun dulu...
  Insyaallah... itulah yang aku harapkan, badai yang bergolak akan kami tempuhi sepanjang membesarkan anak-anak, keluar mencari rezeki setiap hari demi membantu keluarga ( semoga niat hatiku tidak berubah).

Andai ada perasaan gundah, cepat-cepat aku tepis. Semua itu mainan syaitan, dan tidak baik kita bersangka negatif pada orang lain inikan pula teman sehidup semati.

Moga hatiku tidak berubah, sedia pada yang tersayang hingga akhir hayat, bersama mengerjakan ibadah di dunia fana ini yang hampir menemui penghujungnya. Semoga hatiku tidak berubah menyembah Yang Esa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, sabar dalam menempuh ujianNya.

p/s: Ingatan untuk diri sendiri...:)

Saturday 11 June 2011

Diri Ini

Salaamullah hua'laukum Warahmatuhu Taa'ala Wabarakaatuh..

Tak tahu macam mana nak mula bicara..
Kelu lidah untuk berkata-kata..
Jari tidak pandai bermadah berhelah di atas keyboard..