JOM JENGOK-JENGOK BLOG SAYA

TAZKIRAH



TANDA-TANDA KIAMAT KECIL BERDASARKAN HADIS:

1. Penaklukan baitulmuqqaddis. dari Auf b. Malik r.a katanya, "Rasulullah SAW telah bersabda, Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu diantaranya iaitu penaklukan Baitulmuqqaddis." - Sahih Bukhari

2. Zina Bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetuhuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman merekaninilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. " Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyayi-penyayi wanita." - Ibnu Majjah.

4. Menghias masjid dan membanggakan.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banya perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanyankecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." - Riwayat Ahmad
http://wirapendang.blogspot.com/2010/05/mati-syahidpelajar-umt-dan-gambar.html

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Dia antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Tabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tada-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja." -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Dia antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaanya seperti telanjang."

10. Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda teah dekatnya hari kiamat ialah mengelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Tabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa barita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumya, kerana iu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu." - Sahih Muslim

12. banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad.

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sugai-sungai." - sahih Muslim

No comments:

Post a Comment