JOM JENGOK-JENGOK BLOG SAYA

TIPS/ PETUA

PETUA SUPAYA ANAK MENJADI CONTOH KEPADA IBU BAPA

1. Jangan sesekali merungut depan anak.
- kadang-kadang tanpa kita sedari, kita merungut2 depan anak ketika melakukan sesuatu perkara.
contohnya kalau kita terkeluar perkataan " ahh...nie yang leceh nie...", so cepat-cepatlah sambung ayat tu dengan ayat positif "...tapi apa-apa pun yang penting mesti lakukan sampai berjaya, leceh tapi boleh !". Setiap tingkah-laku kita, adalah pengajaran buat mereka (anak-anak).

2. Akui kesilapan sekiranya memang bersalah.
- Bila sedar kita dah buat silap dengan anak-anak, segeralah minta maaf. Anak-anak akan mudah hilang rasa hormat bila kita tak bersedia meminta maaf, sedangkan kita memang bersalah. Apabila hilang rasa hormat, mereka hanya menantikan saat yang sesuai apabila dewasa untuk bebas darin kongkongan dan perhatian kita

3. Tunjukkan kesungguhan mencapai sesuatu perkara
- Kalau ayah kencing berdiri, maka anak kencing berlari...peribahasa ini menunjukkan anak-anak mudah terpengaruh dengan tingkah laku ibubapa, malah mungkin lebih teruk lagi. kalau ibu bapa mudah berputus asa begitulah juga dengan anak-anaknya. Ulangi kata-kata seperti: "kalau orang lain boleh, umie juga boleh...", "Alah senang jerr nie..kalau ada kemahuan pasti ada jalan..", Biar anak-anak tahu susah payah kita melakukan sesuatu perkara hingga berjaya.

4.Menjadi tauladan (uswatun hasanah).
-Bapa borek anak rintik ...adalah peribahasa yang tidak asing lagi dalam masyarakat melayu.

No comments:

Post a Comment